~unit kurikulum smktp~

My photo
.....mencadangkan,merancangkan dan melaksanakan program peningkatan kurikulum sekolah.....

VISI

VISI~smk tanah putih akan menjadi
sekolah cemerlang di daerah Kuantan
menjelang tahun 2015

MISI

MISI~"untuk meningkatkan taraf pendidikan
dari segi akademik, kokurikulum
dan sahsiah bagi merealisasikan
insan yang seimbang dan cemerlang
melalui proses pendidikan terancang"

Thursday, January 16

HeadCount


HeadCount - Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar

HeadCount - Saya lebih suka bertanggapan bahawa, tidak mungkin ada guru yang masih tidak tahu, mungkin masih ada yang kurang jelas tentang makna HeadCount. Kalau diterjemahkan secara terus dalam bahasa Melayu HeadCount bermaksud  ‘Bilang kepala’. Kali ini saya bercadang untuk menulis sedikit perkara yang berkaitan dengan HeadCount supaya kita lebih jelas apakah HeadCount, apakah rasionalnya, kepentingan dan significantnya dalam proses guru menilai prestasi pelajar di sekolah.

HeadCount bermaksud membilang individu dalam satu kumpulan mengikut syarat yang ditetapkan. Inventori HeadCount ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan merancang aktiviti untuk penambahbaikan individu dan organisasi.

Di sekolah, HeadCount boleh digunakan untuk memantau pencapaian pelajar secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu. HeadCount prestasi pelajar dalam penilaian atau peperiksaan dapat membantu guru mengenal pasti potensi akademik setiap pelajar. Dapatan analisis HeadCount boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti "post-mortem" dengan lebih berfokus selepas sesuatu peperiksaan utama dan merancang strategi yang lebih sesuai dan ampuh untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.

Bagi guru dalam bilik darjah, maklumat HeadCount prestasi pelajar boleh membantu guru membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan pembelajaran pelajarnya. Berdasarkan maklumat HeadCount, guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi setiap pelajar di dalam kelas. Guru dapat mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar. Pendekatan guru mengajar juga akan menjadi lebih terancang dan mudah dengan melihat daerah kelemahan pelajar mereka.

Pada umumnya, modus operandi HeadCount merangkumi lima proses utama:

1. Menentukan nilai letak kerja atau Take-Off Value (TOV) bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Nilai TOV lazimnya berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. Bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tingkatan 6 Rendah, keputusan ujian bulanan atau Peperiksaan Pertengahan Tahun boleh digunakan.
Nilai TOV merupakan prestasi pelajar sedia ada. Selepas diadakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga setelah program peningkatan akademik dijalankan, prestasi pelajar dijangkakan (diharapkan) akan meningkat. Prestasi pelajar yang disasarkan bagi setiap mata pelajaran pada hujung tahun dikenali sebagai Expected Targeted Result (ETR)
Nilai TOV ialah maklumat yang utama dalam HeadCount kerana nilai-nilai lain seperti ETR bergantung kepada TOV. Mata pelajaran yang dipelajari dalam suatu tingkatan diperoleh dari yang terdapat dalam data TOV.

2. Menentukan nilai ETR bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Untuk menetapkan ETR setiap mata pelajaran bagi setiap pelajar, guru perlu terlebih dahulu menentukan peratusan peningkatan daripada nilai TOV. Dua kaedah disediakan untuk menentukan peratusan peningkatan dan seterusnya ETR:
  • Merujuk kepada suatu penanda aras dalaman (internal benchmark) seperti keputusan peperiksaan awam yang terbaik bagi sekolah bagi lima tahun terakhir,  ATAU
  • Menentapkan secara arbitrari peratusan peningkatan mengikut kehendak sekolah atau pihak atasan.

3. Menentukan OTI (Operational targeted increment) berdasarkan bilangan penilaian yang akan diadakan dalam setahun

OTI menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada beberapa kali penilaian sebelum mencapai ETR. Ia bergantung kepada nilai TOV dan ETR bagi setiap mata pelajaran.
Misalan, jika tiga kali penilaian akan diadakan, maka secara purata pelajar diharapkan akan menunjukkan peningkatan sebanyak satu pertiga jumlah peningkatan itu dalam setiap kali penilaian.
4. Memasukkan markah mata pelajaran selepas setiap kali penilaian.
Markah penilaian pelajar sebenar disebut sebagai Actual Targeted Result (ATR). Apabila berbanding dengan OTI, keputusan ATR mencerminkan setakat mana sasaran telah tercapai selepas penilaian yang dijalankan. Jika tiga kali penilaian digunakan, maka tiga nilai ATR akan dimasukkan pada hujung tahun.
Perbezaan antara ATR dan ETR yang positif menandakan sasaran sudah tercapai dan nilai negatif menunjukkan usaha guru dan pelajar perlu digandakan lagi sebelum sasaran dapat dicapai.

5. Mengadakan Post-mortem dan mengambil tindakan susulan.

Post-mortem hendaklah diadakan setiap kali selepas penilaian oleh guru mata pelajaran atau panitia mata pelajaran untuk menganalisis keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti soalan (dengan melakukan analisis item dalam Jadual Spesifikasi Ujian) dan keberkesananan program pemulihan dan pengayaan yang lepas.
Dapatan daripada analisis HeadCount dan Post-mortem kemudian digunakan untuk mengadakan tindakan susulan untuk mengenal pasti pelajar yang masih tidak menguasai suatu konsep atau kemahiran dan membuat penambahbaikan kepada program asal jika perlu. Pada masa yang sama, strategi pengukuhan, pengayaan dan pemulihan boleh dirancang dan diubahsuaikan untuk menuju kepada pencapaian sasaran yang dikehendaki.

Sekadar untuk melontar sedikit pertanyaan...
  • Adakah semua guru sudah benar-benar memahami proses pelaksanaan HeadCount tersebut?
  • Adakah semua maklumat berkaitan HeadCount dalam pengetahuan dan pemahaman guru atau berlaku kecairan atau ketirisan.
  • Adakah guru hanya melakukan proses Key-in markah yang diperlukan dalam perisian yang disediakan dengan berpandukan arahan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah.
  • Adakah dapatan analisis dan Post-mortem telah dibuat dan tindakan susulan telah dilakukan? (Ada analisis selepas tindaksusul?)
  • Adakah pembentangan dapatan daripada analisis dilakukan atau direkodkan begitu sahaja.
  • Berapa ramai guru yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang HeadCount yang telah dijalankan di sekolah. (Mempunyai maklumat dan pengetahuan berbeza dengan maklumat ada dalam fail)
  • Berapa ramai guru yang boleh akses terhadap data atau maklumat yang berkaitan dengan dapatan HeadCount di sekolah

2 comments:

Cikgu Arivai said...

Terbaik... Pengurusan headcount akademik di sekolah sentiasa disegarkan...

Cikgu Arivai said...

Proses menentukan ETR kini dah boleh auto tp tetap relevan, Sila explore bog saya

http://pakejeformheadcount.blogspot.com/2018/10/fail-eform-headcount-ketua-panitia.html?m=1