~unit kurikulum smktp~

My photo
.....mencadangkan,merancangkan dan melaksanakan program peningkatan kurikulum sekolah.....

VISI

VISI~smk tanah putih akan menjadi
sekolah cemerlang di daerah Kuantan
menjelang tahun 2015

MISI

MISI~"untuk meningkatkan taraf pendidikan
dari segi akademik, kokurikulum
dan sahsiah bagi merealisasikan
insan yang seimbang dan cemerlang
melalui proses pendidikan terancang"

Tuesday, August 11

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG



Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.


Kegagalan membuat persediaan yang cukup menyebabkan berlakunya situasi seperti dalam gambar di bawah!





artikel penuh

Saturday, August 8

Model Kecergasan Pelbagai

Kecerdasan Pelbagai merupakan satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi dalam kehidupannya dengan cara mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan budayanya.


"mungkin kaedah ini boleh diterapkan oleh guru-guru di smktp terutama untuk menarik minat pelajar yang tidak suka belajar....tapi lebih berminat untuk tidur!"

Kaji hadkan ambil subjek SPM

Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.

Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan awam itu.


Bagaimana dengan pelajar-pelajar SMKTP yang mengambil 11 & 12 mata pelajaran?......Keputusannya kita serahkan kepada Pengetua & GPK Pentadbiran memikirkannya.....!


artikel penuh