HeadCount - Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar
HeadCount - Saya lebih suka bertanggapan bahawa, tidak mungkin ada guru yang masih tidak tahu, mungkin masih ada yang kurang jelas tentang makna HeadCount. Kalau diterjemahkan secara terus dalam bahasa Melayu HeadCount bermaksud ‘Bilang kepala’. Kali ini saya bercadang untuk menulis sedikit perkara yang berkaitan dengan HeadCount supaya kita lebih jelas apakah HeadCount, apakah rasionalnya, kepentingan dan significantnya dalam proses guru menilai prestasi pelajar di sekolah.
HeadCount bermaksud membilang
individu dalam satu kumpulan mengikut syarat yang ditetapkan. Inventori HeadCount
ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan merancang
aktiviti untuk penambahbaikan individu dan organisasi.
Di
sekolah, HeadCount boleh digunakan untuk memantau pencapaian pelajar
secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu. HeadCount
prestasi pelajar dalam penilaian atau peperiksaan dapat membantu guru mengenal pasti
potensi akademik setiap pelajar. Dapatan analisis HeadCount boleh
digunakan untuk menjalankan aktiviti "post-mortem" dengan lebih
berfokus selepas sesuatu peperiksaan utama dan merancang strategi yang lebih
sesuai dan ampuh untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.
Bagi
guru dalam bilik darjah, maklumat HeadCount prestasi pelajar boleh
membantu guru membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan
pembelajaran pelajarnya. Berdasarkan maklumat HeadCount, guru dapat
menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi setiap
pelajar di dalam kelas. Guru dapat mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri
keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar. Pendekatan guru mengajar juga akan
menjadi lebih terancang dan mudah dengan melihat daerah kelemahan pelajar
mereka.
Pada
umumnya, modus operandi HeadCount merangkumi lima proses utama:
1. Menentukan
nilai letak kerja atau Take-Off Value (TOV) bagi setiap pelajar dalam setiap
mata pelajaran yang diambil.
Nilai
TOV lazimnya berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun
sebelumnya. Bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tingkatan 6 Rendah,
keputusan ujian bulanan atau Peperiksaan Pertengahan Tahun boleh digunakan.
Nilai
TOV merupakan prestasi pelajar sedia ada. Selepas diadakan pengajaran dan
pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga setelah program peningkatan
akademik dijalankan, prestasi pelajar dijangkakan (diharapkan) akan meningkat.
Prestasi pelajar yang disasarkan bagi setiap mata pelajaran pada hujung tahun
dikenali sebagai Expected Targeted Result (ETR)
Nilai
TOV ialah maklumat yang utama dalam HeadCount kerana nilai-nilai lain
seperti ETR bergantung kepada TOV. Mata pelajaran yang dipelajari dalam suatu
tingkatan diperoleh dari yang terdapat dalam data TOV.
2. Menentukan
nilai ETR bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
Untuk
menetapkan ETR setiap mata pelajaran bagi setiap pelajar, guru perlu terlebih
dahulu menentukan peratusan peningkatan daripada nilai TOV. Dua kaedah
disediakan untuk menentukan peratusan peningkatan dan seterusnya ETR:
- Merujuk kepada suatu penanda aras dalaman (internal benchmark) seperti keputusan peperiksaan awam yang terbaik bagi sekolah bagi lima tahun terakhir, ATAU
- Menentapkan secara arbitrari peratusan peningkatan mengikut kehendak sekolah atau pihak atasan.
3. Menentukan
OTI (Operational targeted increment) berdasarkan bilangan penilaian yang
akan diadakan dalam setahun.
OTI
menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk
kepada beberapa kali penilaian sebelum mencapai ETR. Ia bergantung kepada nilai
TOV dan ETR bagi setiap mata pelajaran.
Misalan,
jika tiga kali penilaian akan diadakan, maka secara purata pelajar diharapkan
akan menunjukkan peningkatan sebanyak satu pertiga jumlah peningkatan itu dalam
setiap kali penilaian.
4.
Memasukkan markah mata pelajaran selepas setiap kali penilaian.
Markah
penilaian pelajar sebenar disebut sebagai Actual Targeted Result (ATR).
Apabila berbanding dengan OTI, keputusan ATR mencerminkan setakat mana sasaran
telah tercapai selepas penilaian yang dijalankan. Jika tiga kali penilaian
digunakan, maka tiga nilai ATR akan dimasukkan pada hujung tahun.
Perbezaan
antara ATR dan ETR yang positif menandakan sasaran sudah tercapai dan nilai
negatif menunjukkan usaha guru dan pelajar perlu digandakan lagi sebelum
sasaran dapat dicapai.
5. Mengadakan
Post-mortem dan mengambil tindakan susulan.
Post-mortem hendaklah diadakan setiap
kali selepas penilaian oleh guru mata pelajaran atau panitia mata pelajaran
untuk menganalisis keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti
soalan (dengan melakukan analisis item dalam Jadual Spesifikasi Ujian) dan
keberkesananan program pemulihan dan pengayaan yang lepas.
Dapatan
daripada analisis HeadCount dan Post-mortem kemudian digunakan
untuk mengadakan tindakan susulan untuk mengenal pasti pelajar yang masih tidak
menguasai suatu konsep atau kemahiran dan membuat penambahbaikan kepada program
asal jika perlu. Pada masa yang sama, strategi pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan boleh dirancang dan diubahsuaikan untuk menuju kepada pencapaian
sasaran yang dikehendaki.
Sekadar untuk
melontar sedikit pertanyaan...
- Adakah semua guru sudah benar-benar memahami proses pelaksanaan HeadCount tersebut?
- Adakah semua maklumat berkaitan HeadCount dalam pengetahuan dan pemahaman guru atau berlaku kecairan atau ketirisan.
- Adakah guru hanya melakukan proses Key-in markah yang diperlukan dalam perisian yang disediakan dengan berpandukan arahan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah.
- Adakah dapatan analisis dan Post-mortem telah dibuat dan tindakan susulan telah dilakukan? (Ada analisis selepas tindaksusul?)
- Adakah pembentangan dapatan daripada analisis dilakukan atau direkodkan begitu sahaja.
- Berapa ramai guru yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang HeadCount yang telah dijalankan di sekolah. (Mempunyai maklumat dan pengetahuan berbeza dengan maklumat ada dalam fail)
- Berapa ramai guru yang boleh akses terhadap data atau maklumat yang berkaitan dengan dapatan HeadCount di sekolah.