


Program pecutan PMR akan dilaksanakan pada 21 September hingga 29 September 2010 sebagai persediaan terakhir pelajar sebelum menduduki PMR pada 5 Oktober nanti.
Sebelum itu,semua penyelaras mata pelajaran PMR telah berkumpul di Bilik Ketua Bidang untuk memilih pelajar bagi kumpulan mata pelajaran masing-masing, berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan PMR. Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka amat dibanggakan kerana pada hari terakhir sebelum cuti sekolah dan cuti raya (3 September,2010), mereka tekun melaksanakan tugas masing-masing.Syabas diucapkan!